Kamu Sentiasa Layak di Uji

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.

Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?

Tidak perlu.

Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.

Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

RUBUBIYYAH ALLAH

Ada apa di sebalik kisah kambing?

Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.

Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.

Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.

Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.

HAMBA YANG LUPA

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.

Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

AYAT-AYAT CINTA

“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.

“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.

Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!

Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.

Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.

Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya:

“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.

“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Comments (1) »

7 Kebahagiaan Dunia…

Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi’in apa yang dimaksudkan kebahagiaan dunia.

Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:

1- Hati yang selalu bersyukur - Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi.”

2- Pasangan hidup yang salih - Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3- Anak yang salih - Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: “Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.”

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita - Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal - Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. “Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan.” Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama - Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7- Umur yang berkat - Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.

Sumber: JENDELA HIKMAH

No comment »

YA Allah Ampunkanlah Dosaku, Ampunkanlah Dosa Kedua Ibu Bapaku…

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
  2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
  3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
  4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Peluk cium anakanda buat bonda dan ayahanda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.

No comment »

Allah Answers

Tears will fall after reading this…….they will, sooner or later!!!!!!!!!!

A young man had been to Wednesday Night Class of Quranic Studies.
The Mualim had shared about listening to Allah and obeying Allah through intuition.
The young man couldn’t help but wonder, ‘Does Allah still speak to people through intuition?’
After Lessons, he went out with some friends for coffee and pie and they discussed the message.
Several different ones talked about how Allah had led them in different ways and that at the end you’ll know it was Allah(SWT) Who has directed you.
It was about ten o’clock whe! n the young man started driving home.
Sitting in his car, he just began to pray, ‘Allah…If you still speak to people, speak to me. I will listen.
I will do my best to obey.’

As he drove down the main street of his town, he had the strangest thought to stop and buy a gallon of milk.
He shook his head and said out loud, ‘Allah is that you?’ He didn’t get a reply and started on toward home.
But again, the thought, buy a gallon of milk came into his head.
‘Okay, Allah, in case that is you, I will buy the milk.’ It didn’t seem like too hard a test of obedience. He could always use the milk. He stopped and purchased the gallon of milk and started off toward home.
As he passed Seventh Street , he again felt the urge, ‘Turn Down that street.’
This is crazy he thought, and drove on ! past the intersection.
Again, he felt that he should turn down Seve nth Street ..
At the next intersection, he turned back and headed down Seventh.
Half jokingly, he said out loud, ‘Okay, Allah, I will.’

He drove several blocks, when suddenly, he felt like he should stop. He pulled over to the curb and looked around. He was in a semi-commercial area of town. It wasn’t the best but it wasn’t the worst of neighborhoods either. The businesses were closed and most of the houses looked dark like the people were already in bed.

Again, he sensed something, ‘Go and give the milk to the people in the house across the street.’ The young man looked at the house. It was dark and it looked like the people were either gone or they were already asleep. He started to open the door and then sat back in the car seat.

‘Allah, this is insane. Those people are asleep and if I wake them up, they are going to be mad and I will look stupid.’ Again, he felt like he should go and give the milk.
Finally, he opened the door, ‘Okay Allah(SWT), if this is you, I will go to the door and I will give them the milk. If you want me to look like a crazy person, okay. I want to be obedient. I guess that will count for something, but if they don’t answer right away, I am out of here.’

He walked across the street and rang the bell. He could hear some noise inside. A man’s voice yelled out, ‘Who is it? What do you want?’ Then the door opened before the young man could get away.
The man was standing there in his jeans and T-shirt. He looked like he just got out of bed. He had a strange look on his face and he didn’t seem too happy to have some stranger standing on his doorstep.
‘W! hat is it?’
The young man thrust out the gallon of milk, ‘Here, I brought this to you.’

The man took the milk and rushed down a hallway.
Then from down the hall came a woman carrying the milk toward the kitchen. The man was following her holding a baby. The baby was crying. The man had tears streaming down his face.

The man began speaking and half crying, ‘We were just praying. We had some big bills this month and we ran out of money. We didn’t have any milk for our baby. I was just praying and asking Allah(SWT) to show me how to get some milk.’
His wife in the kitchen yelled out, ‘I ask him to send an Angel with some.
Are you an Angel?’

The young man reached into his wallet and pulled out all the money he had on him and put in the man’s hand. He turned and walked ba! ck toward his car and the tears were streaming down his face.
He knew that Allah (SWT) still answers prayers.

NOW HERE’S THE TEST….

If you believe that Allah (SWT) answers prayers, send this to everyone you care about and also the person that sent it to you!!!!!!!!!
If you do not send nothing will happen to you, but if you send you might just be sending someone hope and belief that Allah (SWT) hears our prayers and give hope to those who have already lost faith considering the situation most people.
Sometimes it’s the simplest things that Allah (SWT) asks us to do, that enable us to understand His words clearer and better than ever.
Please listen,! and obey!
It will bless you and others

No comment »

Risalah : Antara semalam dan masa depan

::Bismillahirrahmanirrahim::

Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah

oleh: anamuslim

Hidupmu di saat ini adalah diantara hari hari semalam dan masa hadapan. Jadi, segala yang telah berlalu boleh ditebus dengan Taubah (taubat), nadam (penyesalan) dan istighfar (meminta keampunan dari Allah). Dan ianya tidak akan memenatkan kamu, dan tidak memerlukan kamu berhempas pulas seperti halnya jika kamu seorang buruh kasar. Malah ianya adalah perbuatan hati.

Oleh itu, untuk masa hadapan, (ia boleh di perbetulkan) dengan melindungi diri dari dosa. Melindungi diri ini hanyalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa itu) dan berasa selesa tanpanya. Ini juga bukan perbuatan tubuhmu, yg memerlukan kamu berusaha dan berhempas pulas. Malah ia adalah keteguhan pendirian dan niat di hati.

Jadi untuk segala yang telah berlalu, betulkanlah dengan taubat. Dan untuk masa hadapan, betulkanlah ia dengan meneguhkan pendirian dan niat. Kedua duanya tidak mengenakan sebarang kesusahan dan keletihan pada tubuh.

Tetapi perhatian kamu harus ditumpukan kepada masa kehidupan kamu di saat ini - masa diantara dua masa. Jika kamu membazirkannya, maka kamu telah melepaskan peluang untuk menjadi dikalangan mereka yang beruntung dan diselamatkan.

Jika kamu menelitinya, setelah memerhatikan kedua dua masa tadi - masa yg sebelum dan selepas saat ini, seperti yg telah kita bicarakan - maka kamu akan menjadi seorang yg berjaya dan kamu akan mencapai kerehatan, kegembiraan dan nikmat yang kekal abadi.

Tetapi, menjaganya lebih susah dari apa yg telah berlalu dari nya dan yg akan datang kemudian, kerana menjaganya memerlukan kamu meletakkan hidup kamu kepada perkara yang paling layak dan bermanfaat utk ruh kamu, dan itulah yg akan membawa kamu kepada kejayaan.

Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. Al Ankabut:6


No comment »

Bingkisan Kalbu : Secangkir madah.. buat “temanku” dunia & akhirat..

::Bismillahirrahmanirrahim::

… ukhtifillah, tabahkanlah diri… teguhkan hati dalam perjuangan ini …

Kuntuman tawamu meleraikan seduku
Percikan senyumanmu menjernihkan keruhku
Lantunan kalammu bisa meruntunkan kalbuku
Derapan hayunan kakimu merentap semangatku..

Tatkala ku dirundung kecelaruan
Diselubungi kemurungan
Diselaputi kebingungan
Kau hadir dengan menghamparkan ketenangan
Menempelkan kerunsingan
Membilas kejernihan dari kelodakku
Menggarab ketenangan dalam kekusutan
yang membelenggu diri ini…

Di kalaku alpa dek mainan duniawi
dibuai nan gelombang hedonisme
kau hadir mengejutkan lamunan lenaku
kau pagari langkahku dengan bicara hikmahmu
kau lontarkan kiasan nan tersirat
dari kuterus terumbang-ambing dari landasan..

Teman..
Tuntuni hidupku dengan nasihatmu
Semaikan rohaniku dengan tazkirahmu
Tebarkan wasilah dengan lisanmu
Pantulkan pancaran mahmudah dari gerak perilakumu
Agar ku dapat menerap peribadi kamiLmu
Kelak kan persis sebati dalam jiwaku..

Ku rafakkan bersama bisikan doa & munajat padaMu,

tanda syukurku kerna masih lagi diberikan
kesempatan dalam kesempitan duniawi
Yang penuh dengan warna kehidupan
Penuh liku onak duri ranjaunya..
Dengan cabaran yang datang bertali arus..

Alhamdulillah….
Ku dipertemukan dengan insan
Yang dalam tawa duka.. setia bersama
Merasai, menyelami,mengungkaikan intipati sanubariku..
Lembut halus sentuhanmu membajai
serta menyirami taman hatiku..
Membuatkan ku terpana..
dalam kekerdilan..
dalam keinsafan..
ku berteleku seketika..
fikirankau merewang..
teringatkan bait ungkapan..

teman yang baik.. adalah teman yang berkata benar…
akan tetapi bukan teman yang membenarkan sahaja perkataan kita..

“dalam kesakitan teruji kesabaran..
dalam perjuangan teruji keimanan..
dalam ukhwah teruji keikhlasan..
dalam tawaqal teruji ketaqwaan..
dalam kerinduan teruji kesetiaan..
dan “

hargailah bila bersahabat,
maafkanlah bila terluka..
fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka,
tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..
itulah kehebatan ukhwafillah..

Irhamni Ya Allah, Faghfirlani Ya Allah
Moga kau senantiasa menjadi temanku dunia dan akhirat..
Amin..amin.. ya RABBAL ALAMIn….. =)

No comment »

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu

Kasihnya ibu                                                                                                                                                                                                                                                                                      Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Jika dihayati setiap bait lagu yang diilhamkan oleh setiap penulis lagu di atas semuanya berkaitan dengan pengorbanan dan jasa seorang ibu terutamanya dan ayah yang sentiasa bersama-sama isterinya yang tercinta dalam berjuang melahirkan dan mendidik anak-anaknya yang bakal menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.






Comments (1) »

Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

Tajdid Iman:

Oleh Dr Juanda Jaya

Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia

DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas
ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan
tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah
kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam
kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan
datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.

Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak
berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah (SWT) semata-mata.

Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia.
Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana
sudah kembali kepada Allah (SWT) seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.

Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira
sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh
badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan
dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak
ramai.

Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh
diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan.
Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu,
kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan
ikut-ikutan.

Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah (SWT)
SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat,
bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak
mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat
gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.

Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia
mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi.
Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh
merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul,
syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah (SWT) pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah (SWT) dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah (SWT).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah (SWT). Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud:

“Maka Allah (SWT) memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” (Surah al-Tur, ayat 27)

Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah (SWT) yang bermaksud:

“Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah, ayat 118)

Saidina Umar al-Khatab berkata: “Seandainya ada seruan dari langit
yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga,
kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah
diriku.” Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian
peristiwa itu.

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Sesungguhnya aku menyaksikan
sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang
seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang
kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari.
Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada
lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan
pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata
sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah (SWT), seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah (SWT),
ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta
perlindungan daripada azab neraka. Tetapi manusia yang lalai sudah
melepaskan peluang keemasan itu untuk sekadar menikmati mimpi yang
sebenarnya tidak dapat memuaskan hati.

Untuk mencapai darjat iman yang tinggi seperti sahabat Rasulullah
SAW, tentu banyak rintangan yang harus dihadapi. Malas dan leka dengan
permainan serta hiburan membuat hati manusia keras, ditambah lagi
kurangnya ilmu, penghayatan mengenai jalan mendekatkan diri kepada
Allah (SWT).

Kesibukan memuaskan nafsu syahwat terlalu mengganggu kekhusyukan
hati. Akhirnya kelalaian itu menjadi kebiasaan, bagi yang sudah
terbiasa akhirnya bukan menjadi suatu keaiban lagi selepasnya. Semakin
lama dirinya semakin tenggelam kealpaan. Bahawa kita perlukan
pertolongan Allah (SWT) kerana hanya Allah (SWT) yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada kejahatan dirinya sendiri.

Allah (SWT) berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud:

“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada
kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Apabila nafsu sentiasa menyuruh berbuat maksiat, lalai dan menunda
amal maka keraslah hati dan keringlah mata daripada air mata taubat.
Jika berdiri untuk sembahyang, akalnya menjelajah hingga ke seluruh
ruang pemikiran yang terpendam dalam memorinya. Barang yang hilang pun
boleh diingat di manakah tempat menyimpannya.

Maka terbukti sembahyangnya kosong, hatinya hampa, fikirannya tidak menumpu kepada kebesaran dan keagungan Allah (SWT). Bagaimanakah matanya boleh menangis, hatinya boleh takut dan akalnya boleh tunduk di hadapan Maha Pencipta?

Begitu juga ketika membaca ayat al-Quran, ia hanya semata-mata untuk
pahala, kerana ilmunya belum sampai kepada penghayatan yang mendalam
terhadap isi kandungan al-Quran. Padahal Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan.
Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)

Rasulullah SAW pernah meminta Abdullah bin Mas’ud untuk membacakan
al-Quran kepada Baginda. Beliau membaca awal surah al-Nisa hingga ke
ayat 41 dan beliau melihat Rasulullah SAW menitiskan air mata.

Abdullah bin al-Syakir berkata:

“Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda
bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati
memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap.
Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah (SWT) yang tidak dapat menangis ini?

Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah (SWT).

Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian
dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam
kehidupannya sehari-hari.

Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau
dan bermain-main.

Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat
kelemahan dan kekurangan diri.

kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah (SWT).

Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah (SWT) boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.

Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah (SWT), biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah (SWT), itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!

No comment »

Nasihat hidup bahagia

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah (SWT) menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

No comment »

Keistimewaan 10 terakhir Ramadan

Ihya’ Ramadan
Oleh Zuridan Mohd. Daud

ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan.

Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya.

Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat.

Kelebihan 10 malam terakhir seolah-olah tidak langsung diambil kira. Malah lebih mendukacitakan, ada di kalangan muda-mudi Islam yang keluar malam ke taman-taman untuk memadu kasih tanpa rasa berdosa dan malu.

Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga mengambil berat soal membudayakan suasana ibadah khususnya pada 10 malam terakhir ini. Anak-anak perlukan satu panduan dan contoh dari ibu bapa.

Sebaliknya jika ibu bapa turut serta mengabaikan ibadah di penghujung Ramadan maka tidak hairanlah anak-anak tidak berminat untuk mengerjakan solat tarawih sebaliknya datang ke masjid atau surau hanya untuk membuat bising dan bermain mercun.

Apa yang dimaksudkan dengan baginda SAW menghidupkan malam dan mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersungguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir ini.

Kesungguhan ini didorong pula dengan kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr atau Lailatulqadar.

Firman Allah (SWT) SWT:

Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan). (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah (SWT) Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah (SWT) menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah (SWT) SWT.

Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah (SWT) di penghujung Ramadan.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah (SWT). Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.

Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah (SWT). Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

- ZURIDAN MOHD. DAUD ialah Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang.

No comment »